Friday, March 19, 2010

HINDRAF - Alat mainan politik kotor Anwar

HINDRAF, kumpulan haram yang pernah membawa bala & bencana kepada masyarakat malaysia yang majmuk kini selangkah lagi cuba mencampakkan malaysia ke dalam situasi yang sama. Dalangnya, P. Waythamoorthy, seorang pengkhianat negara cuba untuk menjaja nama Anwar di luar negara, kali ini di Britian. HINDRAF nampaknya kali ini cuba mengemis simpati dari parlimen di Britian dengan mengusulkan EDM atau Pembentangan Hari Awal di parlimennya.

Pembentangan awal itu didedahkan oleh Suresh Grover yang mengetuai kumpulan pemantau -The Monitoring Group, sebuah pertubuhan hak asasi manusia di Britain dan Ireland Utara. Apa hak HINDRAF untuk menyibuk dalam hal-hal orang lain sedangkan matlamat asal perjuangan mereka sendiri pun tidak kesampaian. Nak gelak pun kasihan jugak melihatkan kebodohan HINDRAF memperjuangkan seorang lelaki yang secara terang-terangan menipu dan memperbodohkan mereka.

Kejahilan sebeginilah yang sebenarnya mengehadkan pertumbuhan negara kita. Kesetian dan kepercayaan yang membuta tuli beginilah yang pasti akan membawa malapetaka yang buruk ke atas negara kita yang tercinta. Kita telah hidup aman harmoni selama 53 tahun selepas kemerdekaan walaupun mengharungi beberapa episod hitam dalam tempoh itu. Jangankan kerana seorang manusia yang bernama Anwar, kita sanggup melepaskan semua ini. Fikir-fikirkanlah dengan akal yang sihat dan waras dan anda timbang taralah sendiri kenyataan ini.

No comments:

Post a Comment